Pengisian kajiselidik MBMMBI 2016 telah ditutup. Terima kasih kepada yang telah memberi kerjasama mengisi borang kajiselidik tersebut.
Tarikh: 9/3/2016
Tempat: BTPN WPKL Bengkel PA21 telah diadakan di BTPNWPKL yang telah dihadiri oleh guru guru sekolah yang terpilih sekitar Kuala Lumpur. Melalui bengkel ini guru didedahkan dengan teknik teknik pengajaran abad ke 21yang boleh di aplikasikan di sekolah sekolah. Antara yang dijemput sebagai penceramah adalah En Rusli Kemat (BTPNWPKL), Pn Haslizah Jibin (PKG Segambut jaya) dan juga En Zainuddin Zakaria (SMK Taman Bukit Maluri).
Tarikh: 9/3/2016
Tempat: BTPN WPKL Fenomena Gerhana Matahari Separa yang berlaku di seluruh Malaysia telah dapat dirakamkan dan di dokumentasikan. Bersamalah kita menginsafi diri dan bersyukur dengan nikmat yang diberikanNYA.
Tarikh: 02/03/2016
Tempat: SK Sungai Kantan Rakaman Pedagogi Inklusif telah dijalankan di SK Sungai Kantan. Disekolah ini terdapat murid yang kurang upaya yang belajar bersama sama dengan murid normal di dalam satu kelas dan menunjukkan bagaimana guru boleh mengintegrasikan Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid bekeperluan khas dan murid normal. Rakaman tersebut telah dijalankan dengan kerjasama dari Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas (IPGIK). Berikut adalah sorotan disebalik tabir rakaman IPGIK BTPNWPKL
Tarikh: 1/3/2016
Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya Mesyuarat Retreat JPWPKL yang di pengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Pn Hjh Foziah Binti Buang bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya BTPN WPKL. Berikut adalah sorotan peristiwa tersebut. |
UMIPMelestari masyarakat bestari Archives
August 2019
|