36 foto terbaik dari peserta bengkel fotografi yang diadakan pada 15-18 februari yang lepas. Tahniah semua...!
0 Comments
Tarikh: 24/02/2016
Tempat: SK Ulu Semenyih Rakaman Pedagogi Inklusif telah dijalankan di SK Ulu Semenyih iaitu majoriti muridnya terdiri dari Orang Asli. Rakaman tersebut telah dijalankan dengan kerjasama dari Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas (IPGIK). Berikut adalah sorotan disebalik tabir rakaman IPGIK BTPNWPKL En Zul Ismail (guru)
Tarikh: 23/2/2016
Tempat: BTPNWPKL Perhimpunan Bulanan BTPNWPKL Bil 1/2016 telah diadakan dengan jayanya dan dihadiri oleh pegawai pegawai dan staff dari semua unit dan PKG. Perhimpunan kali ini telah dikelolakan oleh UPIM bersama sama dengan UPSP dan di adakan di Bilik Cempaka 2. 2 orang warga baharu BTPNWPKL telah diperkenalkan iaitu Pn Huzaifah yang ditempatkan di PKG Keramat serta En Shahrol yang di tempatkan di Unit Perancangan Strategik. Tahniah dan selamat datang! Perkongsian ilmu juga telah diadakan dan disampaikan oleh En Suhaili dari Jabatan Landskap Negara mengenai EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) Berikut adalah sorotan peristiwa sepanjang Perhimpunan Bulanan BTPNWPKL Bil 1/2016. Pertandingan Fotografi BTPNWPKL 2016 diadakan selari dengan Bengkel Fotografi 2016 yang dianjurkan oleh Unit Media dan Inovasi Pendidikan. Pertandingan ini telah diadili oleh Tuan KPP sendiri iaitu En Zainuddin Hj Othman dan di bantu oleh pengelola program En Khairul Nizam Hamidun. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan KPP.
1. PESERTA TERBAIK: Shahrulail (Kumpulan Putrajaya 1) (95%) 2. KESELURUHAN TERBAIK: Kumpulan Putrajaya 1 (75%) Kumpulan Kuala Lumpur 1 (72.5%) Kumpulan Putrajaya 2 (72.5%) Kumpulan Kuala Lumpur 2 (70.5%) p/s: Semua gambar foto terbaik akan di upload dalam entry yang seterusnya... Tahniah! kepada semua.... Tarikh: 15-18 Februari 2016
Tempat: BTPNWPKL Pada 15 hingga 18 Februari 2016, satu bengkel fotografi telah dijalankan oleh UMIP yang diselaraskan oleh En Khairul Nizam dan di bantu oleh En Rusli dan En Mohd Khairizal. Sepanjang 4 hari bengkel, peserta didedahkan dengan tatacara penggunaan kamera DSLR dan teknik teknik foto yang berkesan. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan software software editing (Photoshop & Lightroom) dan teknologi yang terdapat dalam dunia foto. Tugasan telah diberikan kepada peserta sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk merakam monumen monumen. Berikut adalah "Behind the scene" gelagat gelagat perserta dalam melaksanakan tugasan. |
UMIPMelestari masyarakat bestari Archives
August 2019
|