Prosedur Operasi Standard
RAKAMSALIN
- Permohonan rakamsalin hendaklah menggunakan borang BTPNKL/UPIM/RS (Sila muaturun disini) dan diisi dalam 2 salinan (1-salinan BTPNKL, 2-salinan pemohon).
- Setiap permohonan mesti disertakan bersama DVD-R , DVD+R, CD-R kosong yang berkualiti dengan bilangan yang mencukupi. BTPNWPKL berhak meminta DVD-R , DVD+R, CD-R kosong tambahan mengikut keperluan (kerosakan DVD-R , DVD+R, CD-R perlu diambilkira).
- BTPNWPKL tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan DVD-R , DVD+R, CD-R kosong yang disediakan oleh pemohon.
- Setiap permohonan tidak melebihi 10 keping pada satu-satu masa.
- Bahan boleh dituntut dalam tempoh 10 hari bekerja. (BTPNWPKL akan memaklumkan kepada pemohon jika proses tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan)
- Pemohon akan dimaklum untuk mengambil bahan yang telah siap.
- Salinan Borang Pemohonan hendaklah ditunjukkan semasa membuat tuntutan.
MUATURUN SENARAI KOLEKSI CD DAN VIDEO ( DISINI )
PINDAH MEDIA (TRANSFER)
- Perkhidmatan ini adalah untuk pindah media Video (Pita VHS ke DVD) dan Audio (Kaset Audio ke CD sahaja).
- Permohonan pindah media hendaklah menggunakan borang BTPNKL/UPIM/RS (Sila muaturun disini) dan diisi dalam 2 salinan (1-salinan BTPNKL, 2-salinan pemohon).
- Setiap permohonan mesti disertakan bersama DVD-R , kosong yang berkualiti dengan bilangan yang mencukupi. BTPNKL berhak meminta DVD-R , DVD+R, CD-R kosong tambahan mengikut keperluan (kerosakan DVD-R perlu diambilkira).
- BTPN KL tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan DVD-R kosong yang disediakan oleh pemohon.
- Setiap permohonan tidak melebihi 5 keping (VHS: 30 min) pada satu-satu masa.
- Pemohon akan dimaklum untuk mengambil bahan yang telah siap.
- Salinan Borang Pemohonan hendaklah ditunjukkan semasa membuat tuntutan.
LIPUTAN VIDEO
- Permohonan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum aktiviti sebenar melalui surat rasmi.
- Hanya acara/majlis peringkat negeri, peringkat kebangsaan, P&P dan lawatan Menteri akan diberi keutamaan.
- Pita miniDVPro dan DVD-R kosong perlu disediakan oleh pemohon.(1 pita miniDV adalah untuk rakaman 1 jam).
- Pihak urusetia hendaklah menyediakan seorang pegawai perhubungan bagi melancarkan urusan rakaman.
- Video akan diserahkan kepada urusetia dalam tempoh 10 hari bekerja (bagi acara sehari). (BTPNKL akan memaklumkan kepada urusetia jika proses tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan)
- Kebajikan dan keselamatan krew rakaman dilapangan hendak diberi keutamaan.