Tarikh: 29 Januari 2016
Tempat: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Pada 29 Januari 2016, satu lawatan bersama PKG PUDU telah dijalankan ke Sekolah Dalam Hospital (PPUKM). Lawatan tersebut dihadiri oleh Ketua Unit UMIP En Rusli Kemat, PTP En Mohd Khairizal Baharuddin, Ketua PKG PUDU En Nazri Ishak serta FT Pn Juninah Mohamad. Sesi penerangan telah di buat oleh Penyelia SDH PPUKM iaitu Pn NorAzura. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan memberikan bantuan dari aspek promosi dan bahan bantu mengajar (Bahan digital MBMMBI)
0 Comments
Tarikh: 27 Januari 2016
Tempat: PKGKL Pada 27 Januari 2016 satu gerakan pemantauan ke PKG oleh UMIP telah dijalankan. Antara perkara yang dilihat adalah peralatan media, penyelengaraan peralatan media, Sudut MBMMBI, HIP, DLP, edaran bahan digital dan sebagainya. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Jadual Pemantauan: En Rusli Kemat > PKG Sentul & PKG Segambut jaya En Mohd Khairizal Baharuddin > PKG Pudu & PKG Kg. Pandan En Khairul Nizam Hamidun > PKG Keramat & PKG Bangsar Satu sesi fotografi untuk semua pegawai dan staff BTPNWPKL telah diadakan dari 15 Januari sehingga 22 Januari 2016 di Studio Media BTPNWPKL. Pelbagai keletah bila bergambar :). Diharapkan dengan dengan sesi ini memberikan wajah baru dan segar untuk warga BTPNWPKL.
Edaran Bahan Digital MBMMBI 2015 bagi kegunaan tahun 2016 telah diedarkan ke semua sekolah sekolah Wilayah Persekutuan dari tarikh 7 Disember hingga 31 Disember 2015. Status edaran adalah 100%. Tajuk Bahan Digital yang di edarkan adalah (SM-English Language Secondary Level1, English Language Secondary Level2, Bahasa Melayu Menengah Rendah dan Bahasa Melayu Menengah Atas). Bagi sekolah rendah pula (Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 1&2)
Untuk Maklumat Lanjut: <<KLIK DISINI>> Sepanjang tahun 2015 banyak aktiviti rakaman dan Liputan telah dilaksanakan oleh Unit Media dan Inovasi Pendidikan. Antaranya Sambutan Hari Guru, Pengumuman Keputusan SPM, Majlis Anugerah NILAM, Khemah Membaca dan sebagainya. Berikut adalah antara CD Video yang telah diterbitkan oleh UPIM.
Tarikh: 1/4/2016
Bahan Digital MBMMBI untuk kegunaan 2016 telah diedarkan kesekolah melalui PKG. Berikut adalah status terkini edaran bahan mengikut PKG. |
UMIPMelestari masyarakat bestari Archives
August 2019
|