Majlis Perhimpunan Bulanan JPWPKL bagi bulan September telah di adakan di Auditorium Tan Sri Abdul Rafiee JPWPKL pada 24 September 2018. Berikut adalah Multimedia persembahan aktiviti BTPNWPKL.
0 Comments
LIRIK LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN 2018
LAGU : KITA PUNYA MALAYSIA NYANYIAN : BUNKFACE CIPTAAN : SAM BUNKFACE LIRIK KITA PUNYA MALAYSIA : " 31 Bulan 8, 57 Perjuangkan pertahankan tanah airku Impian aku gemilang baru Satu suara laungkan (Merdeka!) Bangkit semua demi negara Selamanya... Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Jangan lemah bangunlah Buat baru semula Percayalah hari ini Kita punya Impian aku gemilang baru Satu suara laungkan (Merdeka!) Bangkit semua demi negara Selamanya... Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Merdeka x3 Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Ini Kita Punya " MUATURUN MP4: https://goo.gl/rpoc6K INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir, Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir! Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah, Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah, Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk, Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang. Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga, Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa, Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang, Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang. Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir, Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir! Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu, Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu, Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru, Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru. Anak-anak bumiku tercinta, Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka, Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat, Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh. Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir, Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir! Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi, Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam, Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun, Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik, Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah. Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan, Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman, Tanah ini milik hakiki zaman berzaman, Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan. Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa, Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka, Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa, Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa. Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir, Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir, Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir, Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir. Nukilan: Ghazali Lateh Banting,
SAMBUTAN HARI GURU
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2018 19 JULAI 2018 HGH CONVENTION CENTRE TOKOH KEPIMPINAN WPKL 2018 - DATIN NAWAL BT SALEH TOKOH GURU WPKL 2018 - TN HJ. KHAILANI BIN ABDUL JALIL Unit Media dan Inovasi Pendidikan BTPNWPKL mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Tahniah diatas pertukaran Unit En Thanesh yang berkuatkuasa 16/05/2018. UMIP mengucapkan selamat maju jaya di Unit yang baru dan terima kasih atas bantuan dan kerjasama selama berada di UMIP. Teruskan kecemerlangan.
Unit Media dan Inovasi Pendidikan BTPNWPKL KPM, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Wilayah Persekutuan khasnya dan seluruh Malaysia am nya. Semoga terus mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ DAN MENUNAIKAN IBAH PUASA DENGAN CEMERLANG. |
UMIPMelestari masyarakat bestari Archives
August 2019
|